Thursday, April 17, 2008

Takkan melayu hilang di Malaysia

ini hasil karya daripada john melawi.. mari kita berkongsi bg mereka yang belum membaca..

Aku sebenarnya bukan ingin membicarakan mengenai politikus ini, tetapi aku terkejutkan oleh mereka yang di hormati ini. Ketuanan melayu isunya barangkali. Aku tidak ingin berkata apa-apa tentang mereka kerana aku tiada hak untuk berbuat demikian. Cuma aku ingin sedikit mengeluh. Sedikit sahaja. Jangan salahkan mengeluh aku ini kerana ini hanya keluhan. Sebenarnya siapa itu yang digagahkan dengan nama melayu? Adakah semua yang ada di Malaysia ini melayu namanya? Bukan. Bukan begitu keinginanku. Aku cuma mahu kerakyatan melayu yang aku miliki tetap ada keistimewaannya. Aku tidak ingin berkongsi keistimewaan itu.Siapa yang ingin kehilangan satu persatu kelebihannya? Pasti tiada siapa-siapa yang menginginkan sebegitu. Bahasa melayu sudah hilang istimewanya di nusantara. Takkan kita mahu melihat istimewanya kerakyatan melayu pun hilang dan me-layu? Aku cuma mengeluh saja. Bukan apa-apa. Tiada yang prejudis ataupun buruk sangka di sini. Segalanya hanya keluhan. Ya, mungkin keluhan yang biasa-biasa saja.(john Melawi)

aku amat tertarik dengan keluhan dia.. jd takkan melayu dan bj melayu hilang di malaysia!!!!




2 comments:

Unknown said...

hahaha... pak imam mane yg jadi anatomi ko ni?? hahaha..

faridwari said...

dia bkn imam tp bilal.haha