Monday, March 30, 2009

apa pendapat korang psl film talentime?
salam buat sume.. sekarang saya sedang menjalankan pengambaran Cintang 5 bintang arahan Othman Ali.. watak aku komedi...komedi lagi...huhu..aku kene ckp kedah n nyanyi pulak tu.. takpe aku cuba yang terbaik... skrg aku juga tgh shoot "matahari". aku pembantu kepada Iqram... yang ni tak komedi...

doakan kite sume berjaya

Thursday, February 12, 2009

perkembangan terbaru

saya baru habis shooting jula juli bintang tiga (JLB3). JLB3 akan ditayangkan di tv3 yang akan mengantikan anak buluh betong di slot lagenda. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abg Adam hamid yang mmberi kepercayaan kpd saya dan kepada semua yang terlibat.

kali ini saya memegang watak indera iaitu pembantu kepada putera Adika lakonan Aqasha. best jgk bekerja bersama Aqasha. Lagipun watak aku komedi tapi tak begitu komedi.

kepada semua jangan lupa tengok tau...

Maaf

kepada rakan2, peminat2, wartawan saya meminta maaf kerana dah lama tak tulis blog. selepas ini saya janji saya akan aktif menulis blog semula...

sory k?

Tuesday, June 24, 2008

diskusi filem "Anak Halal" anjuran Finas

Pada 22 jun, Finas telah mengadakan diskusi filem "anak halal". Pertama sekali aku mengucapkan kepada pihak Finas kerana telah mengadakan diskusi ini. aku juga berterima kasih kepada member aku (Zeful) telah memberi infomasi tentang diskusi itu.

Yang datang diskusi itu ialah Pengarahnya Abang Othman ali, Adi Putra, dan producer Gayatri (kalu salah eja sory k).

Disini aku hanya memberi pendapat tentang diskusi itu. yang menarik minat aku ialah mengenai isu sejauh mana paparan realiti filem anak halal. pendapat aku bercanggah dengan otai

otai melihat anak halal telah menonjolkan bukan realiti.. contohnya ialah mudahnya Fasha sanda jatuh cinta dengan farid kamil dan kejahatan melawan dengan cara kejahatan..

Bagi aku logik dan relevan fasha mudah jatuh cinta kerana zaman sekarang ni orang bleh bercinta walaupun tak pernah jumpa..kenal melalui myspace dan sebagainya. kemudian dua,tiga kali jumpa maruah si dara dah tergadai dengan RELA dan duit si teruna dikikis dengan RELA. ini semua dah terjadi.. hal kejahatan dilawan dengan cara kejahatan un masih relevan dan paparan realiti. Contohnya cuba korang bayangkan, adik,mak,awek or orang yang korang sayang dirogol. yang rogol korang tau. apa korang buat? kalu aku mesti cari laki tu dan pukul untuk balas dendam. darah muda.

Jadi aku memandang Anak halal realiti bagi remaja dan orang muda tp tak orang otai yang dah tua. lagipun apa yang aku berlajar filem atau cerita tak semestinya reliti. kan dah wujud filem formalis, fiksyen, realisme dan sebagainya. jadi isu betapa jauhnya paparan reliti dalam filem anak halal tidak perlu dipersoalkan tetapi filem ini perlu dikaji dan isinya diambil pengajaran. filem ini ada falsafah jgk. tapi takpe ni pendapat je. kita kene hormat pendapat orang.

k cow

Sunday, April 27, 2008

malang si poyo

penglaman kudang kepang

pada 25 - 27 april, aku ada join shooting eksperimental short film.. pengarahnya arol da penyarah ialah dr anuar nor Arai.. cerita pasal cerita cinta, cemburu, dengki..

hari pertama shooting aku dah dapat hadiah...hadiahnya ialah sebatan pecut(lebih kurang ar bunyinya) melekat kat muka aku..sekali kene melekat garis panjang hmpir kene mata aku..besar juga luka.. pastu datangla taiko kudang kepang..kata dia pecut tu berisi.pastu dia jampi..dah lama pastu berasur elok.. alhamdullilah..aku takut kalu ia kekal..hhuhu untuk pengetahuan pecut tu tali macam cite cowboy yg pukul kuda suruh berjalan tu..

Kudang kepang ni best tengok kalu dorang pasang. pasang tu macam lebih kurang dorang panggil semangat ar untuk menari nanti..dorang kalu dapat semngat dorang akan asyik menari sehingga tak sedar..

Thursday, April 24, 2008


ni aku buat zaman aku tak blaja lagi..saje je suka2.
camera guna videocam n edit guna window punye.

selamat Menduduki Peperiksaan


Selamat MenduDuki PepeRiksaAn buAt seMUa Warga PelajaR UITM.. SeMoga BerJaya..

UiTM dihaTiku..

Thursday, April 17, 2008

tak puas hati...

ni aku ingin menyuarakan ketidakpuashatian. aku rasa barangkali kamu semua jga merasakannya.

aku tidak berpuas hati pasal film. tapi ini bkn pasal pembikinan filem tapi perusaha panggung itu.. ia pasal "pintu bye2"..

aku berterima kasih kepada pihak panggung tlng bukakan pintu untuk blk.. tp yang aku marah cerita filem tu nak habis bknnya dah habis.. nak habis lag 10 minit dah buka pintu bye2. sakit hati aku..aku byar tiket oh.. memang baik tlng buka pintu tp kurang ajar. tunggu ar habis cerita dlu..
buka pintu semasa cerita dah habis bkn nak habis.. dah habis dan nak habis lain maksudnya.
aku just nak suarakan hak kita sebagai pengguna..jad manalah tau sape2 yang mempunyai kuasa terbaca page inilakukanlah sesuatu.

Takkan melayu hilang di Malaysia

ini hasil karya daripada john melawi.. mari kita berkongsi bg mereka yang belum membaca..

Aku sebenarnya bukan ingin membicarakan mengenai politikus ini, tetapi aku terkejutkan oleh mereka yang di hormati ini. Ketuanan melayu isunya barangkali. Aku tidak ingin berkata apa-apa tentang mereka kerana aku tiada hak untuk berbuat demikian. Cuma aku ingin sedikit mengeluh. Sedikit sahaja. Jangan salahkan mengeluh aku ini kerana ini hanya keluhan. Sebenarnya siapa itu yang digagahkan dengan nama melayu? Adakah semua yang ada di Malaysia ini melayu namanya? Bukan. Bukan begitu keinginanku. Aku cuma mahu kerakyatan melayu yang aku miliki tetap ada keistimewaannya. Aku tidak ingin berkongsi keistimewaan itu.Siapa yang ingin kehilangan satu persatu kelebihannya? Pasti tiada siapa-siapa yang menginginkan sebegitu. Bahasa melayu sudah hilang istimewanya di nusantara. Takkan kita mahu melihat istimewanya kerakyatan melayu pun hilang dan me-layu? Aku cuma mengeluh saja. Bukan apa-apa. Tiada yang prejudis ataupun buruk sangka di sini. Segalanya hanya keluhan. Ya, mungkin keluhan yang biasa-biasa saja.(john Melawi)

aku amat tertarik dengan keluhan dia.. jd takkan melayu dan bj melayu hilang di malaysia!!!!




makcik sapu sampah

ari ak baca pasal makcik sapu sampah kat john melawi

jd aku juga ada kisah pasal makcik sapu sampah..

makcik ni dia seorang yang baran. dah bnyak kali berkawin cerai. ramai orang benci dia sebab dia tak bnyak bercampur dengan orang dan year dia baran. dia ada dua orang anak. abang makcik punye isteri selalu hina dia. tapi sekarang anak dia walaupun dua tapi semua berjaya. setelah dia mati rupanya dlm bank dia ada rm70 ribu. duit tu dia kumpul masa anak2 dia bg tiap bln. betapa mulianya seorang makcik sapu..dia tak guna pun duit anak dia.bagi dia cukupla kesusahan,penghinaan dan kepayahan membesar anak-anaknya dengan takde suami lagi dibalas dengan melihat anaknya besar dengan sihat dan berjaya.

aku ingat lagi pesan makcik tu pada aku dlu.." dik, kita ada bdn,tangan,fikiran..jadi kerjalah baik2 dengan jujur. jgn nak makan pun minta org.skali 2 kali orang bagi tapi tak selalu. dik belajarlah elok2 bantu ibu.."
pesan itu aku masih ingat lagi..

aku hanya nak berkongsi..sama2lah kita mendalami kisah dan pesannya..

pendapat abg tut pasal Congkak

Lepas saje aku tgk congkak aku terus g kfc.lapr nak makan. tiba- tiba tejumpa abg n kakak ni.dia orang kuat filem.nama dia sume orang filem kenal. dia n isterinya abg n kak angkat aku.. aku crita ar pendapat aku psl Congkak..
pendapat dia filem ni memang best.. tapi audio terlalu over.. ramai orang bg tau psl ni pada dia. tapi kata dia tak kisahla..kita buat filem ada bnyak method dan teori..yang penting PENONTON SUKA..
malam td aku tgk tv. david teoh ada pulak..menurut kata beliau kuailti audio filem congkak hmpir sama dengan filem Holywood. dia lantik penasihat khas untuk audio..
mungin benar kata abg tu dan org ramai...audio over giler..tapi bg aku 2 mungkin bebda baru..kita tak biasa dengar filem mlaysia mcm tu kan..lama2 ok ar...

show tari kat aswara

sabtu ni 19 april ada show tari oleh pelajar aswara sem 1. jam 8.30.. g ar!!!!

awek cun2 bro...

pendapat psl film Congkak

aku dah tgk congkak..
bagi congkak best jugak..buat orang terkejut. filem ni lain daripada lain.. banyak kritikan yang kita dapat..

aku singkatkan sinopsis congkak..

bapa dia bawa isteri dan 2anaknya g rumah baru yang dibeli kat sebuah kg. jadi dia pun pergi..belum sampai lg tp ada sesuatu yang pelik..
sampai je rumah kg 2 mcm2 berlaku..ank dia bermain congkak sorang tp anak dia kata main dgn opah. anak pertama dan isteri kene rasuk. dan mcm2 lagi... rupanya tapak rumah tu ada penunggu..dia suka anak paling kecik Lisa.. kelam kabutlah keluarga tu.percutian yang sepatutnya indah menjadi kelam....


first aku nak coment pasal visual..visual congkak cantik jgk beb. cinematografi cantik jgk.
kedua lakonan dorang bagus..terutama lisa(dlm cite tu)
ketiga focusing dorang cun jgak..

aku bkn nak membodek tapi bagi aku ramai penonton nak pembaruan jadi sekarang dah ada orang buat kita kene sokng..filem ni memang ada bnyak kelemahan tapi pada peringkat ilmu aku yang tinggi mengunung ni(kiasan) aku kira berpuas hati..lagipun kebagusan telah menutup kelemahan.kelemahan mesti ttp ada.mstilah hasil ciptaan manusia mana ada perfect.

cerita ni bagus bagi aku kerana congkak adalah antara cerita hantu yang logik dan dekat dengan kita. kenapa aku ck mcm tu??? sebab cerita ni tak mcm cerita hantu hollywood dan korea yang merepek tapi best... cerita congkak betul dan logik.. dia amik kisah orang2 tua dan sampai sekarang masih wujud.au percaya sbb dari segi pengalamn aku. nape dekt dgn kita?(khas bg org kaya dan duk bndr) sebab bapa dia sayangkan keluarga. jadi beli rumah kat jauh hujung kmpung.nak ajar anak n rasa blk back to nature. sama dgn kita serambut suasana kl dan suka dengan kadamaian hijau.

jg korang sume tgk ar...best tau...!!!!