Sunday, April 27, 2008

malang si poyo

penglaman kudang kepang

pada 25 - 27 april, aku ada join shooting eksperimental short film.. pengarahnya arol da penyarah ialah dr anuar nor Arai.. cerita pasal cerita cinta, cemburu, dengki..

hari pertama shooting aku dah dapat hadiah...hadiahnya ialah sebatan pecut(lebih kurang ar bunyinya) melekat kat muka aku..sekali kene melekat garis panjang hmpir kene mata aku..besar juga luka.. pastu datangla taiko kudang kepang..kata dia pecut tu berisi.pastu dia jampi..dah lama pastu berasur elok.. alhamdullilah..aku takut kalu ia kekal..hhuhu untuk pengetahuan pecut tu tali macam cite cowboy yg pukul kuda suruh berjalan tu..

Kudang kepang ni best tengok kalu dorang pasang. pasang tu macam lebih kurang dorang panggil semangat ar untuk menari nanti..dorang kalu dapat semngat dorang akan asyik menari sehingga tak sedar..

Thursday, April 24, 2008


ni aku buat zaman aku tak blaja lagi..saje je suka2.
camera guna videocam n edit guna window punye.

selamat Menduduki Peperiksaan


Selamat MenduDuki PepeRiksaAn buAt seMUa Warga PelajaR UITM.. SeMoga BerJaya..

UiTM dihaTiku..

Thursday, April 17, 2008

tak puas hati...

ni aku ingin menyuarakan ketidakpuashatian. aku rasa barangkali kamu semua jga merasakannya.

aku tidak berpuas hati pasal film. tapi ini bkn pasal pembikinan filem tapi perusaha panggung itu.. ia pasal "pintu bye2"..

aku berterima kasih kepada pihak panggung tlng bukakan pintu untuk blk.. tp yang aku marah cerita filem tu nak habis bknnya dah habis.. nak habis lag 10 minit dah buka pintu bye2. sakit hati aku..aku byar tiket oh.. memang baik tlng buka pintu tp kurang ajar. tunggu ar habis cerita dlu..
buka pintu semasa cerita dah habis bkn nak habis.. dah habis dan nak habis lain maksudnya.
aku just nak suarakan hak kita sebagai pengguna..jad manalah tau sape2 yang mempunyai kuasa terbaca page inilakukanlah sesuatu.

Takkan melayu hilang di Malaysia

ini hasil karya daripada john melawi.. mari kita berkongsi bg mereka yang belum membaca..

Aku sebenarnya bukan ingin membicarakan mengenai politikus ini, tetapi aku terkejutkan oleh mereka yang di hormati ini. Ketuanan melayu isunya barangkali. Aku tidak ingin berkata apa-apa tentang mereka kerana aku tiada hak untuk berbuat demikian. Cuma aku ingin sedikit mengeluh. Sedikit sahaja. Jangan salahkan mengeluh aku ini kerana ini hanya keluhan. Sebenarnya siapa itu yang digagahkan dengan nama melayu? Adakah semua yang ada di Malaysia ini melayu namanya? Bukan. Bukan begitu keinginanku. Aku cuma mahu kerakyatan melayu yang aku miliki tetap ada keistimewaannya. Aku tidak ingin berkongsi keistimewaan itu.Siapa yang ingin kehilangan satu persatu kelebihannya? Pasti tiada siapa-siapa yang menginginkan sebegitu. Bahasa melayu sudah hilang istimewanya di nusantara. Takkan kita mahu melihat istimewanya kerakyatan melayu pun hilang dan me-layu? Aku cuma mengeluh saja. Bukan apa-apa. Tiada yang prejudis ataupun buruk sangka di sini. Segalanya hanya keluhan. Ya, mungkin keluhan yang biasa-biasa saja.(john Melawi)

aku amat tertarik dengan keluhan dia.. jd takkan melayu dan bj melayu hilang di malaysia!!!!




makcik sapu sampah

ari ak baca pasal makcik sapu sampah kat john melawi

jd aku juga ada kisah pasal makcik sapu sampah..

makcik ni dia seorang yang baran. dah bnyak kali berkawin cerai. ramai orang benci dia sebab dia tak bnyak bercampur dengan orang dan year dia baran. dia ada dua orang anak. abang makcik punye isteri selalu hina dia. tapi sekarang anak dia walaupun dua tapi semua berjaya. setelah dia mati rupanya dlm bank dia ada rm70 ribu. duit tu dia kumpul masa anak2 dia bg tiap bln. betapa mulianya seorang makcik sapu..dia tak guna pun duit anak dia.bagi dia cukupla kesusahan,penghinaan dan kepayahan membesar anak-anaknya dengan takde suami lagi dibalas dengan melihat anaknya besar dengan sihat dan berjaya.

aku ingat lagi pesan makcik tu pada aku dlu.." dik, kita ada bdn,tangan,fikiran..jadi kerjalah baik2 dengan jujur. jgn nak makan pun minta org.skali 2 kali orang bagi tapi tak selalu. dik belajarlah elok2 bantu ibu.."
pesan itu aku masih ingat lagi..

aku hanya nak berkongsi..sama2lah kita mendalami kisah dan pesannya..

pendapat abg tut pasal Congkak

Lepas saje aku tgk congkak aku terus g kfc.lapr nak makan. tiba- tiba tejumpa abg n kakak ni.dia orang kuat filem.nama dia sume orang filem kenal. dia n isterinya abg n kak angkat aku.. aku crita ar pendapat aku psl Congkak..
pendapat dia filem ni memang best.. tapi audio terlalu over.. ramai orang bg tau psl ni pada dia. tapi kata dia tak kisahla..kita buat filem ada bnyak method dan teori..yang penting PENONTON SUKA..
malam td aku tgk tv. david teoh ada pulak..menurut kata beliau kuailti audio filem congkak hmpir sama dengan filem Holywood. dia lantik penasihat khas untuk audio..
mungin benar kata abg tu dan org ramai...audio over giler..tapi bg aku 2 mungkin bebda baru..kita tak biasa dengar filem mlaysia mcm tu kan..lama2 ok ar...

show tari kat aswara

sabtu ni 19 april ada show tari oleh pelajar aswara sem 1. jam 8.30.. g ar!!!!

awek cun2 bro...

pendapat psl film Congkak

aku dah tgk congkak..
bagi congkak best jugak..buat orang terkejut. filem ni lain daripada lain.. banyak kritikan yang kita dapat..

aku singkatkan sinopsis congkak..

bapa dia bawa isteri dan 2anaknya g rumah baru yang dibeli kat sebuah kg. jadi dia pun pergi..belum sampai lg tp ada sesuatu yang pelik..
sampai je rumah kg 2 mcm2 berlaku..ank dia bermain congkak sorang tp anak dia kata main dgn opah. anak pertama dan isteri kene rasuk. dan mcm2 lagi... rupanya tapak rumah tu ada penunggu..dia suka anak paling kecik Lisa.. kelam kabutlah keluarga tu.percutian yang sepatutnya indah menjadi kelam....


first aku nak coment pasal visual..visual congkak cantik jgk beb. cinematografi cantik jgk.
kedua lakonan dorang bagus..terutama lisa(dlm cite tu)
ketiga focusing dorang cun jgak..

aku bkn nak membodek tapi bagi aku ramai penonton nak pembaruan jadi sekarang dah ada orang buat kita kene sokng..filem ni memang ada bnyak kelemahan tapi pada peringkat ilmu aku yang tinggi mengunung ni(kiasan) aku kira berpuas hati..lagipun kebagusan telah menutup kelemahan.kelemahan mesti ttp ada.mstilah hasil ciptaan manusia mana ada perfect.

cerita ni bagus bagi aku kerana congkak adalah antara cerita hantu yang logik dan dekat dengan kita. kenapa aku ck mcm tu??? sebab cerita ni tak mcm cerita hantu hollywood dan korea yang merepek tapi best... cerita congkak betul dan logik.. dia amik kisah orang2 tua dan sampai sekarang masih wujud.au percaya sbb dari segi pengalamn aku. nape dekt dgn kita?(khas bg org kaya dan duk bndr) sebab bapa dia sayangkan keluarga. jadi beli rumah kat jauh hujung kmpung.nak ajar anak n rasa blk back to nature. sama dgn kita serambut suasana kl dan suka dengan kadamaian hijau.

jg korang sume tgk ar...best tau...!!!!

Wednesday, April 16, 2008

aku kene pandai...
ini kisah sambungan daripada kisah 2kali terkena denga director congkak ahmad idham. selepas tu aku pergi dari lokasi lalu aku terus g stapak dr bangi untuk casting drama tut.......

samapi je dorang bg skrip untuk aku tgk... aku "wah, cerita komedi" pastu PM suruh aku tunggu satu scene selesai baru casting aku..

tnggu punya tunggu dah pukul 9. aku tertekan. dahla aku sewa kete member sebab aku tak bawa kete g puncak perdana. dia dah bising jd aku pun tertekan.. tapi dah keje dan minat sangat nak berlakon n kecewa td... dorang punye crew pun trun makan. tapi aku masih tak dipanggil casting...masa dah semakin suntuk...
aku punya angin cara dorang layan aku tapi aku control ar... last dorang pun kelam kabut bw aku g jmpa director..gamaknya kalu aku tak angin dr petang sampai pukul12 ar aku tunggu..

jd aku pun casting... dengan rushing dan emosi tak tentu.. jap kat tingkat bwh jap kat atas utk casting..aku dah tbleh control dan tak dpt bermain...

jd aku pun tak dapat watak tu...

pengajarannya bkan aku nak maki director tu tapi just nk bg tau kepada orang2 mcm aku yang nak mula bertampak dunia lakonan..kita kena bnyak bersabar dan berlajar. belajar tentang ilmu lakonan, displin, jaga persaan orang dan kita, busness, berani dan tahan malu..

patutlah pelakon banyak yang tak tau malu...
geng doakan aku berjaya dan doakan aku kang dah berjaya jangan sombong k...

filem terbaru...akan berada di pasaran pada 3o april 2007....
haha

aku baru lepas shoting iklan PLKN...kat sini aku bukan nak poyo pasal masuk iklan kat tv. just nak berkongsi pengalaman dan ilmu....

aku kene turunkan usia aku dalam 4 tahun.. dalam iklan ini aku kena jadi kanak2 riang. nampak senang tapi ada sukarnya..
nape??
1. aku perlu ceria yang berusia 17tahun.
2. pergerakannya perlu besar seolah mcm menari tapi aku banyak kali ditegurdirector sebab terbawa teater..
3. kurang pengalaman..

jadi kwn2... walaupun kita diberi lesen untuk membina pergerakan besar tapi jgn bwk gaya teater. boleh besar tapi korang kene lagi nature kan ia. susah nak nature oh.. macam2 cara aku buat..aku bergurau, berborak,memerhati dan paing peningrasa. kalu korang cara korang ar.. kalu berkesan bagi tau aku k..
nanti tak lama lagi iklan ni akan kuar tv. t korang coment ar yer lakonan aku.. baik kata baik bruk kata bruk tapi beralas ar sbb kita org melayu.baik pun jgn sampai melambung..ni pesan nenek aku sampai sekarang aku ingat..

Tuesday, April 15, 2008

aku ingin memohon maaf pada semua orang..
kalu aku termakan,terminum, terpinjam duit halalkan...
manalh taukan..
aku ingin memohon maaf pada semua orang..
kalu aku termakan,terminum, terpinjam duit halalkan...
manalh taukan..
kepada warga malaysia..
jika ada aktiviti seni,bicara seni dan sebagainya bagi tahu aku...
ada show ke buskung ke..kritikan film ke...bagi tahu
kepada warga puncak perdana shah alam,
sape yang nak join kumpulan serambi sem depan bleh bagi tau...
kita menjalankan pelbagai alat muzik
dua kali terkena dengan director ahmad idham

dulu ada agency panggil casting untuk drama impak maksima arahan ahmad idham. aku pun bersusah payah datang..
sampai je ahmad idham tak casting pun..bkn saje tak casting malah tgk aku pun tak..


kali kedua kene lagi teruk..
pada 13 april jam 7 PM ECELENT PIC UNTUK DRAma bersiri tv3..dia suruh aku datang dengan serta merta. aku pun datangla dengan menyusahkan member aku.dah nak sampai sesat pulak sebab tak biasa area langat sebab gelap.

sampai je apalagi menunggu aku...
last nak dekat sejam assis director pun setuju amik aku berlakon.aku punya seronok abis belanja kwn.yela dpt rezeki.dorang tak casting aku sebab dorang dah tgk aku berlakon n aku pernah buat drama radio dengan kakak ni.

pada esoknya jam 12.30 asist PM call aku kene datang shooting jam 2. kete aku tk bawa g hostel.aku pun sewa kete.dengan sesat lg aku datang sana. tp takpe semngat punya psl.. sampai dorang bg skrip.. dah make up n dah nak masuk set tiba2....
asist PM bagi tahu aku dia minta maaf,,ahmad idham selaku produser n director tak bagi aku pengang watak tu..
aku pun pulanglah dengan kecewa..

nak ikutkan hati memang angin tp tkpe yang penting dia n yang lain dah tahu aku bleh berlakon.just tunggu masa je..
jd aku kuatkan semangat walaupun dah malu...
nak berjaya bkn senang

Saturday, April 12, 2008

Bermulanya sebuah suara

dear all,
salam kepada yang islam. salam sejahtera kepada yang bukan islam. bermulanya sebuah suara ialah bermulanya aku dapat meluangkan sesuatu dan berkongsi sesuatu..