Tuesday, June 24, 2008

diskusi filem "Anak Halal" anjuran Finas

Pada 22 jun, Finas telah mengadakan diskusi filem "anak halal". Pertama sekali aku mengucapkan kepada pihak Finas kerana telah mengadakan diskusi ini. aku juga berterima kasih kepada member aku (Zeful) telah memberi infomasi tentang diskusi itu.

Yang datang diskusi itu ialah Pengarahnya Abang Othman ali, Adi Putra, dan producer Gayatri (kalu salah eja sory k).

Disini aku hanya memberi pendapat tentang diskusi itu. yang menarik minat aku ialah mengenai isu sejauh mana paparan realiti filem anak halal. pendapat aku bercanggah dengan otai

otai melihat anak halal telah menonjolkan bukan realiti.. contohnya ialah mudahnya Fasha sanda jatuh cinta dengan farid kamil dan kejahatan melawan dengan cara kejahatan..

Bagi aku logik dan relevan fasha mudah jatuh cinta kerana zaman sekarang ni orang bleh bercinta walaupun tak pernah jumpa..kenal melalui myspace dan sebagainya. kemudian dua,tiga kali jumpa maruah si dara dah tergadai dengan RELA dan duit si teruna dikikis dengan RELA. ini semua dah terjadi.. hal kejahatan dilawan dengan cara kejahatan un masih relevan dan paparan realiti. Contohnya cuba korang bayangkan, adik,mak,awek or orang yang korang sayang dirogol. yang rogol korang tau. apa korang buat? kalu aku mesti cari laki tu dan pukul untuk balas dendam. darah muda.

Jadi aku memandang Anak halal realiti bagi remaja dan orang muda tp tak orang otai yang dah tua. lagipun apa yang aku berlajar filem atau cerita tak semestinya reliti. kan dah wujud filem formalis, fiksyen, realisme dan sebagainya. jadi isu betapa jauhnya paparan reliti dalam filem anak halal tidak perlu dipersoalkan tetapi filem ini perlu dikaji dan isinya diambil pengajaran. filem ini ada falsafah jgk. tapi takpe ni pendapat je. kita kene hormat pendapat orang.

k cow

2 comments:

Anonymous said...

:-)

hanaahmad said...

salam..hai kawan-kawan sekalian..ada tak sesiapa dekat sini yang tinggal area lembah klang yang nak tengok wayang free? mesti ada kan? so,kepada mereka yang nak sangat tengok filem budak kelantan,antoo fighter,kami the movie dan juga filem yang belum di tayangkan lagi di mana-mana pawagam di malaysia iaitu filem MUALAF anda adalah amat di alu-alukan untuk datang ke Dewan Zaaba,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi bersempena dengan Festival Filem dan Video Pelajar Kali ke-6 anjuran UPM Serdang.
Butiran program adalah seperti berikut :

8 Januari 2009 (KHAMIS)

Tayangan Apresiasi Filem

Filem : Kami
Pengarah : Affendee Mazlan / Fariza Azlina Ishak
Artis : Nas-T
: Izany
: Liyana Jasmay
Tempat : Dewan Za’aba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,UPM Serdang
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm (Tayangan Filem)
: 9.30 mlm – 10.00 mlm (Apresiasi Filem)
: 10.00 mlm – 10.30 mlm (Sesi bertemu peminat)


9 Januari 2009 (Jumaat)

Tayangan Apresiasi Filem

Filem : Budak Kelantan

Pengarah : Wan Azli Wan Jusoh
Artis : Danny
: Bienda
: Mohamad Asrul Faizal

Tempat : Dewan Zaaba

Masa : 3.00-4.30 ptg (tayangan filem)
: 4.30 – 5.30 ptg (apresiasi)
: 5.30 – 6.00 ptg (sepetang bersama pengarah dan artis)

10 Januari 2009

Tayangan Apresiasi Filem (9.30 pagi-12.30 tgh)

Filem : Mualaf
Pengarah : Yasmin Ahmad
Pelakon : Sharifah Amani
: Sharifah Alesya

Tempat : Dewan Zaaba

Masa : 9.30-11 pagi (Tayangan Filem)
: 11-12 tgh (Apresiasi)
: 12-12.30 tgh (Sesi bertemu peminat)

Tayangan Apresiasi Filem

Filem : Antoo Fighter
Pengarah : Azizi ‘Chunk’
Pelakon : Awie
: Radhi OAG
: Bell Ngasri

Tempat : Dewan Zaa’ba

Masa : 2.00 ptg - 3.30 ptg (tayangan Filem)
: 3.30 ptg – 4 ptg (Apresiasi)
: 4.00 ptg – 4.30 ptg (Sesi bertemu peminat)


So,
Kepada sesiapa yang berminat amatlah di alu-alukan untuk hadir memeriahkan festival filem dan video pelajar ini.sesi audtion pun akan ada tau..so,apa-apa hal boleh tanya saya k?