Pada 22 jun, Finas telah mengadakan diskusi filem "anak halal". Pertama sekali aku mengucapkan kepada pihak Finas kerana telah mengadakan diskusi ini. aku juga berterima kasih kepada member aku (Zeful) telah memberi infomasi tentang diskusi itu.
Yang datang diskusi itu ialah Pengarahnya Abang Othman ali, Adi Putra, dan producer Gayatri (kalu salah eja sory k).
Disini aku hanya memberi pendapat tentang diskusi itu. yang menarik minat aku ialah mengenai isu sejauh mana paparan realiti filem anak halal. pendapat aku bercanggah dengan otai
otai melihat anak halal telah menonjolkan bukan realiti.. contohnya ialah mudahnya Fasha sanda jatuh cinta dengan farid kamil dan kejahatan melawan dengan cara kejahatan..
Bagi aku logik dan relevan fasha mudah jatuh cinta kerana zaman sekarang ni orang bleh bercinta walaupun tak pernah jumpa..kenal melalui myspace dan sebagainya. kemudian dua,tiga kali jumpa maruah si dara dah tergadai dengan RELA dan duit si teruna dikikis dengan RELA. ini semua dah terjadi.. hal kejahatan dilawan dengan cara kejahatan un masih relevan dan paparan realiti. Contohnya cuba korang bayangkan, adik,mak,awek or orang yang korang sayang dirogol. yang rogol korang tau. apa korang buat? kalu aku mesti cari laki tu dan pukul untuk balas dendam. darah muda.
Jadi aku memandang Anak halal realiti bagi remaja dan orang muda tp tak orang otai yang dah tua. lagipun apa yang aku berlajar filem atau cerita tak semestinya reliti. kan dah wujud filem formalis, fiksyen, realisme dan sebagainya. jadi isu betapa jauhnya paparan reliti dalam filem anak halal tidak perlu dipersoalkan tetapi filem ini perlu dikaji dan isinya diambil pengajaran. filem ini ada falsafah jgk. tapi takpe ni pendapat je. kita kene hormat pendapat orang.
k cow
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)